Awi Rafael Dengan Shila Amzah Bercinta? Oh! Tidak



“Apa yang saya boleh katakan, hubungan kami rapat ibarat teman tapi mesra. Hanya Allah yang mengetahui jika kami akan bercinta atau tidak,” kata Awi menjelaskan tentang hubungan cinta seperti yang dihebohkan sebelum ini. - Sumber

Fuhh~ Nasib baik dia cakap kawan je. Boleh lah GR usha Sheila ni lagi. Haha. GR memang dah lama suka kat Sheila ni sebab muka dia manis je. Kata Awi lagi, beliau sudah berjumpa dengan keluarga Sheila. Aik? dah jumpa keluarga pula? Macam ada pape je ni?

“Apa yang saya boleh jawab, kami hanya teman rapat kerana baru mengenali antara satu sama lain,” katanya yang bakal muncul dengan single keduanya berjudul Bila Aku Jatuh Cinta. Single pertamanya berjudul Pulanglah sedang meletup di corong radio tempatan dan menduduki antara carta popular di beberapa stesen radio.

Pape je la Awin GR tak boleh buat apa-apa la kalau Sheila yang kau pilih. Lagipun korang memang sesuai kot bagai pinang dibelah dua kalau disatukan. Apa-apa pun aku ucapkan korang berjaya dalam bidang masing-masing.


Sheila yang comel :)

Comments