Tuesday, June 14, 2011

Gambar Kad Kahwin Mizz Nina & Noh Hujan Ala Jepun

kad kahwin mizz nina noh hujan

Comelnya kad kahwin Mizz Nina dah Noh Hujan ni. GR sangat suka dengan kad kahwin ni sungguh kreatif. Perkahwinan yang bertemakan kimono, pakaian traditional orang Jepun, akan berlangsung pada 1 Julai 2011 dengan wang hantaran sebanyak RM11,000 dan mas kahwin RM888.88.

GR berharap perkahwinan pasangan ini akan kekal sehingga akhir hayat dan mendoakan agar segala urusan semasa perkahwinan berjalan dengan lancar.

Monday, June 13, 2011

Awi Rafael Dengan Shila Amzah Bercinta? Oh! Tidak



“Apa yang saya boleh katakan, hubungan kami rapat ibarat teman tapi mesra. Hanya Allah yang mengetahui jika kami akan bercinta atau tidak,” kata Awi menjelaskan tentang hubungan cinta seperti yang dihebohkan sebelum ini. - Sumber

Fuhh~ Nasib baik dia cakap kawan je. Boleh lah GR usha Sheila ni lagi. Haha. GR memang dah lama suka kat Sheila ni sebab muka dia manis je. Kata Awi lagi, beliau sudah berjumpa dengan keluarga Sheila. Aik? dah jumpa keluarga pula? Macam ada pape je ni?

“Apa yang saya boleh jawab, kami hanya teman rapat kerana baru mengenali antara satu sama lain,” katanya yang bakal muncul dengan single keduanya berjudul Bila Aku Jatuh Cinta. Single pertamanya berjudul Pulanglah sedang meletup di corong radio tempatan dan menduduki antara carta popular di beberapa stesen radio.

Pape je la Awin GR tak boleh buat apa-apa la kalau Sheila yang kau pilih. Lagipun korang memang sesuai kot bagai pinang dibelah dua kalau disatukan. Apa-apa pun aku ucapkan korang berjaya dalam bidang masing-masing.


Sheila yang comel :)

Sunday, June 12, 2011

Hazama Muncul Sebagai Juara AF9

Seperti yang dijangka, Hazama telah dinobatkan sebagai Juara Akademi Fantasia bagi musim ke9. Seperti yang korang tahu, setiap minggu Hazama mendapat pujian dari pada juri. So, no wonder la kenapa Hazama ni menang kan?

Tempat keempat dimenangi oleh Azri, Fina menggondol tempat ketiga dan Lena mendapat tempat kedua. Tahniah Abang Nara ucapkan kepada Hazama atas kejayaan ini.

Pada yang nak sudah tengok pastinya lagu baru Hazama ni terngiang-ngiang dalam kepala korang kan? so apa kata korang tengok balik video Hazama di Final AF9.

Tajuk lagu baru Hazama ialah Cinta Teragung. Sila baca entri ini sepenuhnya untuk lirik lagu Hazama.

Lirik Lagu Cinta Teragung – Hazama AF9

Maafkan aku sekiranya tak termampu
Untuk mencurahkan semua isi hatiku
Ternyata tak terkata
Rinduku padamu

Chorus
Ku takkan bisa menjadi lebih
Dari apa yang terdaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencuba untuk
Memujuk hatimu
Mencintai aku
Kerna semua yang ada
Hanyalah untukmu

Secebis perasaan ku hamparkan
Membawa sejuta harapan
Menagih cinta
Teragung darimu

Ulang Chorus

Maafkan aku sekiranya
Tak termampu untuk
Mencurahkan semua
Isi hatiku



Gambar Yuna Ketika Kecil Bersama Adibah Noor



Gambar yang dikongsi oleh ibu Yuna Sendiri di Twitter (@kunumz) adalah gambar Yuna ketika masih kecil bersama Adibah Noor.

Saturday, June 11, 2011

(Video) Pengakuan Imran Ajmain Berhenti Merokok Setelah 100 Hari



Di dalam video ini, Imran Ajmain mengaku bahawa beliau merupakan seorang yang kuat merokok dan mula merokok sejak usia 14 tahun. Beliau sudah banyak kali cuba berhenti merokok tetapi tidak berjaya. Countdown mula dilakukan pada hujung bulan Februari 2011.

Alhamdulillah, setelah berhenti merokok, beliau dikurniakan rezeki yang melimpah-ruah antaranya mendapat peluang merakamkan album baru dan bekerjasama dengan komposer lain kerana sebelum ini beliau hanya mencipta semua lagu sendiri. Beliau berazam untuk tidak merokok lagi dan menggesa rakan-rakan artis lain mengikut jejak langkah beliau.

GR sangat bangga denga Imran kerana dapat berhenti rokok secara drastik. GR pun smoker juga tapi belum ada niat untuk berhenti lagi. Heheee~

Alyah Melecur Separuh Badan Terkena Air Panas?


Berita ni GR dengar di laman web Murai.com. Apa yang aku baca di situ, Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hassan terkena air panas sehingga menyebabkan dirinya melecur hampir separuh badannya iaitu dari paras pinggang hingga ke kaki.

Ish ish ish...Kesian betul GR tengok pada si Alyah nih. Macam mana lah boleh tertumpah air panas tu ye?

Apa-apa pun GR mendoakan semoga Alyah cepat sembuh dan berharap kecederaan yang dialami tidaklah seteruk yang disangka.

Post Pertama dari Gosipretis

Selamat datang ke blog gosipretis. Ini adalah post pertama dari gosipretis. Semoga semua akan terhibur dengan cerita-cerita artis yang akan gosipretis postkan tak lama lagi dari semasa ke semasa.

Gosipretis akan berjanji blog secara serius. Paling minuman satu hari satu post cerita mengenai artis Malaysia yang panas-panas dan suam-suam kuku. Hik hik!

Thanks and best regards
-Ayip-